Ikut Kami:
Tentang Kami

Membina Dengan Integriti
Komitmen Terhadap Kualiti

Dunia Bina Engineering ditubuhkan pada awal tahun 2017 sebagai sebuah syarikat pembinaan milik Bumiputera yang berdaftar sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta diiktiraf sebagai kontraktor Bumiputera.

Penubuhan syarikat ini profesional, berkualiti, telus dan menepati kehendak pelanggan, khususnya dalam sektor kerajaan dan swasta. Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah projek bergantung kepada perancangan yang teliti, pengurusan yang cekap serta tenaga kerja yang berpengalaman.

Dunia Bina Engineering menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang pembinaan termasuk pembinaan bangunan kediaman dan komersial, kerja-kerja ubahsuai dan naik taraf, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti awam, pembekalan serta pemasangan papan tanda jalan, serta perkhidmatan perundingan dan pengurusan projek pembinaan.

Dengan pasukan yang berkemahiran dan berpengalaman, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik yang memenuhi spesifikasi teknikal, bajet dan tempoh masa yang ditetapkan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan menjadi asas kepada reputasi syarikat.

Visi

Menjadi Syarikat pembinaan bumiputera terunggul yang dipercayai dan diiktiraf di Malaysia melalui kualiti kerja yang cemerlang, kepatuhan kepada piawaian keselamatan, serta komitmen terhadap Pembangunan mampan dan inovatif.

    Misi

  • Menyediakan perkhidmatan pembinaan dan kejuruteraan awam yang berkualiti tinggi, menepati masa dan mengikut standard yang di tetapkan di Malaysia.
  • Mengutamakan keselamatan, integriti dan professionalisme dalam setiap aspek kerja.
  • Membangun pasukan kerja yang berkemahiran, berdedikasi dan berorientasikan penyelesaian.
  • Menjalin Kerjasama jangka Panjang dengan pelanggan, rakan niaga dan komuniti melalui perkhidmatan yang dipercayai dan telus.
  • Menerapkan pendekatan Lestari dan inovatif dalam setiap projek demi menyumbang kepada pembangunan negara yang mampan.
Hubungi Kami
Kenapa Pilih Kami?

Kepercayaan Anda Keutamaan Kami

Kontraktor Bumiputera Berdaftar

Berdaftar dengan SSM dan CIDB serta layak melaksanakan projek kerajaan dan swasta.

Pengalaman & Kepakaran Kami

Mempunyai pengalaman dalam pelbagai jenis projek pembinaan dan kejuruteraan awam.

Pengurusan Projek Sistematik

Perancangan, penjadualan dan pemantauan tapak dilaksanakan secara teratur dan profesional.

Kualiti Terjamin

Mengutamakan mutu kerja, keselamatan dan pematuhan spesifikasi teknikal.

Ketelusan & Integriti

Mengamalkan komunikasi yang jelas serta pengurusan kos yang telus.

Kepuasan Pelanggan

Fokus kepada keperluan pelanggan dan penyampaian hasil yang menepati jangkaan.

Sijil Pencapaian